Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pejam celik dah hari ke 3. Masih lagi di Grand World. Tapi hari ini adalah hari terakhir kami berada di area ini. Kiranya 2 malam sahaja kami stay di area Grand World, sebab dekat dengan tempat-tempat yang kami nak pergi dulu. Macam hari ke 3, kami nak ke Vinpearl Safari. Lebih kurang 11 minit ja dari sini. So yang mana nak ke Vinwonder & Vinpearl safari di sarankan stay di area Grand World. Boleh jimat masa kan.
Ini adalah Landlady Homestay kami duduk. Di belakang tu maknya. Very friendly ๐
Walaupon depa kurang fasih bahasa inggeris(Google translate kan ada).
Boleh ja sembang kan..hehe. Kami berpuas hati stay di sini untuk 2 malam. ๐
Awai lagi pagi tu, so Mommy ajak lagi Daddy & the geng
ronda Grand World Area buat kali terakhir.
Saja masuk kawasan ni, kot-kot la ada terserempak dengan pertunjukkan apa-apa kan..haha
Malangnya tak ada rezeki..๐ Mungkin bukan time persembahan tu.
(malas tengok jadual main redah ja la)
Semua pandai berlakon kan..hehehe
Bukan senang nak amik gambaq "Perfect Family" macam ni..kahh๐
Selalu kalau amik gambaq anak-anak memang tak behave..huhu
Terasa macam Model buluh pulak(Bamboo building kan belakang tu)..muhahaha
Ok Done! Jom pi Safari.
Ni jalan nak ke Pintu masuk Vinpearl..depan tuuu ja..
Kami parking kereta di belakang sebelah kiri.(Lupa amik gambar)
Parking FREE ja.
Vinpearl Safari buka pukul 9.00am. Tapi kat depan sebelum masuk tu ada ZULU SHOW.
Show ni start pukul 9.20am macam tu la. Tarian Africa...Ha qasa macam dah sampai Africa tau..haha
Tiket masuk Mommy beli di Klook. Harga Dewasa RM125.79 dan Budak RM94.85(tinggi 100 - 113cm) Adik Free bawah 100cm.
WAJIB la amik gambaq depan ni kan..tanda hadir ✌
Masuk ja Vinpearl ni memang terus akan nampak tasik Flamingo ni.
Kemudian, kami tengok ramai menuju ke sebelah kiri tu..kami pon ikot la..
Rupanya ada Bird Show kat belakang tu.
Sementara menunggu Bird Show start..gambaq syatuu!
Duduk paling atas, sebab malas nak turun & panjat pulak..haha
lagipon panas..fuhh!!!
Best jugak Bird Show ni. Boleh tengok bertapa cerdiknya burung-burung yang terlatih ni.
Show ni lebih kurang 15-20minit macam tu la. Ada 2 sesi pagi & petang(pagi 10.00am/petang 2.00pm) Lepas Show ni habis, kami benti dulu la kat sebelah ada Restaurant Flamingo. Khayralicious lapaq pulak. Bagi dia makan dulu(Bawa Bekal). Kat sini pon depa tak check beg kalau bawa makanan boleh. (Maaf tak ada gambar) Kemudian kami terus gerak ke Safari.
Lalu balik depan Tasik Flamingo ni..Cantekkan.
Kawan sampai minta gambar ni nak buat Wallpaper kot ๐
Rezeki dapat tengok lagi Zulu Show tu kat sini..memang Vibe Africa sangat ๐
Ha ini pintu masuk untuk ke Safari. Kena naik Shuttle Bus untuk masuk sana.
Masa kami sampai tu memang dah ramai yang beratur tunggu turn untuk naik Shuttle Bus. Kalau bawa Stroller baby boleh letak ja kat tepi tu(Tak boleh bawa masuk bus) nanti pertugas akan bagi 1 lanyard yang ada nombor(1 kita pegang, 1 lagi letak di Stroller).
Ni pertugas yang tolong kira berapa orang boleh muat dalam 1 bus tu.
Peramah & lawak jugak orangnya ๐
Kami orang pertama masuk, so boleh la cop tempat paling depan..haha
Ini pulak Tour Guide yang akan bagi informasi tentang haiwan-haiwan kat dalam tu.
(English Speaker)
Masa mula-mula masuk tu memang jumpa Pak Belang ni dulu la(Harimau)
Ayam tu laju gila lari..haha(ntah la nak panggei ayam ka burung kan..๐)
Nampak tak kat belakang beruang tu ada seekor burung. Kata Tour Guide depa kawan baik. Burung tu memang sentiasa bersama beruang tu..So Sweet~~~
Best jugak tengok Safari ni. Lebih kurang 15-20minit
Perut pon dah lapar masa ni. Kami decide untuk pergi makan dulu la.
Keluar ja dari pintu Safari tu, memang akan nampak Giraffe Restaurant.
Memang sebelum mai Phu Quoc ni, mommy excited sangat dapat tau boleh makan dengan jirapah kan.
Masa kami sampai restaurant ni penuh dengan orang. HAHAHA
Minta suami pi beli ayaq ja, tunggu dia punya lama nak ayaq ja pon. Sebab ramai sangat dok beratuq.huhu
Bernasib baik ada meja kosong masa kami sampai.
Sementara tunggu suami wak mai ayaq, Mommy pacak Tripod, on kamera amik gambaq la dulu.
Hasil gambaq dari video yang mommy amik.hehe
Sebab daddy tadi busy beratuq beli ayaq kan..kena la berdikari amik gambaq sendiri.
Tu pon tak dapat nak amik gambaq 1 family yang lebih cantek.
Kalau nak amik gambaq cantek kena umpan Zirafah tu makan carrot(ada juai tapi masa kami sampai dah habis..hukhuk). Jadi kami ja la yang makan kat situ.
Done makan, kami gerak ke tempat binatang-binatang yang lain pulak
Masa ni anak-anak pon dah tak larat. Masing-masing dah start buat perangai..fuhh
Masing-masing dah mengantuk(Memang waktu tidoq depa). Kesian pulak tengok kan.
Nanti next trip memang kena beli lagi 1 stroller la..huhu
Hangat pulak tu, memang kena bawa kipas ya.
Mommy pon dah low bateri jugak masa ni. Daddy ajak tengok burung pon macam tak semangat.
Itu ja burung yang Mommy tengok..haha
Masa ni dapat tengok pertugas bagi makan kat singa tu.
Mommy pi tengok gajah sorang-sorang bawa Tripod.
Anak-anak tidoq kan, Daddy jaga.
Ni jambatan paling seram ya. sebab apa?
Sebab kat bawah tu ada sungai dan ada buaya..muhahahaha
Ok done! Tepat jam 3 petang macam tu kami keluar.
Minum-minum dulu then gerak ke penginapan ke 2.
Hotel ni di area Long Beach. Stay untuk 2 malam.
Hotel ni kiranya terletak betul-betul di Center Long Beach Area.
Dekat ja dengan KingKong Mart yang kami singgah masa mula-mula sampai tu.
Kami sampai hotel lebih kurang jam 3.45pm. Kami rehat-rehatkan badan dulu la.
Lebih kurang pukul 6.00pm macam tu baru kami gerak keluar untuk ke Sanato Beach.
Ini la Sanato Beach. Masuk sini ada entry fee. Beli walk in kaunter ja.
Tapi tak ingat berapa bayar..haha. Boleh la google ya.๐
Actually kalau nak mai sini lebih baik datang dalam pukul 5.30pm. Kalau nak Sunset yang lebih cantek la.
Kami datang lewat sikit, sebab adik poo poo ๐ฉ
Tapi berkat mommy pandai edit cantek jugak kan..HAHAHA
(perasan pandai kan.Padahal kalau gambaq gelap gelita selalunya edit jadi kelabu terosss๐)
Kalau tengok gambar asal memang tak nampak pon rupa muka ni..haha
Boleh la kan dari tak dak..huhu
Kami tak lepak lama pon kat sini, just amik gambar ja.
Kemudian perot pon lapar. Kami terus pi cari kedai makan.
Nanti entry post yang terakhir mommy akan kongsikan tempat makan halal ya.
Ok done untuk hari ke 3
To Be Continued...