Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada 4 Feb 2024, kami sekeluarga bertolak dari Kedah ke Puchong.
Kami bermalam 1 malam di Puchong untuk naik KLIA Transit di Putrajaya Sentral keesokkan harinya. Sebab apa di puchong? sebab dapat hotel murah kat situ..ahahaha. Biasa la konsep mommy perlu lah murah dan tak jauh..gituuuuu π Flight kami pada 5 Feb 2024 pukul 12.50pm. Pukul 7.30am kami dah bertolak dari puchong ke Putrajaya Sentral.
Kami parking kereta di sini untuk 5 hari 4 malam.
Boleh refer link di bawah untuk rate parking di Putrajaya Sentral .
Lebih kurang pukul 8.40am kami bertolak dari Putrajaya Sentral ke KLIA2.
9.20am macam tu sampai la KLIA2. Awai kan sampai π
Mommy ni memang tak suka terkejar-kejar, kalut-kalut kan.
Jadi sampai awai di Airport tu adalah kemestian ya. hahaha
Dengan nak handle anak-anak lagi tu.hmmm
Macam-macam la perangai kan nak kena hadap...huhu
Sebelum Check in bag. Itu ja kami bawa. Luggage 20inci + Backpack(untuk check in)
Beli 20kg ja untuk cover 2bag tu...hehe. Yang lain-lain beg galas masuk cabin.
Jom la kita. Tema hari pertama oren..hihi
ingat senang ke jadi mak-mak ni..
nak berjalan kena pikiaq nak pakai baju apa,kaler apa..muhahahaha
Bye Malaysia, till we meet again..ehhh π
Perjalanan ambil masa dalam 1 jam 45 minit jerrr..haha
Dekat ya, tak jauh pon Pulau tu.
Yezzza...Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai di Pulau Phu Quoc,Vietnam.
Cuaca pon cantek untuk bergambar kan. (hangat oiiii π«)
Pedih kulit muka depa punya hangat..haha
takpa mommy tak kisah, janji mommy boleh amik gambaq cantek..huhu
Kami decide untuk sewa kereta di Phu Quoc ni, untuk memudahkan perjalanan kami di sini.
Sebelum bertolak dari KLIA2 mommy dah contact person incharge untuk maklumkan penerbangan kami. Dan sesudah sampai pon terus contact tanya nak jumpa di mana untuk pick up kereta. Then this happen..muhahaha. Pengalaman sangat kan. Biasa la tu, kalau pergi negara orang terkena dugaan yang tak dijangka π. Ceritanya, person incharge untuk kereta sewa ni, dia parking tempat yang tak sepatutnya(bukan di kotak parking). Security airport mai clamp la tayar..hahahaha..Tapi person incharge ni sangat bertanggungjawab. Dia wassap maklum minta kami tunggu untuk dia settle dengan pihak Security airport. Sementara menunggu, dia minta kami duduk dalam kereta buka aircond.(ya panas sangat kat luar tuπ). Dia ada tinggalkan kunci kat kereta tu. So kami pon bawa masuk beg-beg semua, dan bawa anak-anak duduk dalam kereta.(fuhh lega kena aircond π¦)
anak-anak buat perangai pon adalah biasa ya tuan-tuan, puan-puan..huhu
Sebagai mommy, redho ja..hahaha
Sebelum datang sini, mula-mula mommy macam risau juga kan. Nak naik apa kat sini..haha. Ada baca boleh sewa motor. Urmm mommy rasa macam tak sesuai untuk keluarga mommy sebab tak selesa untuk anak-anak (kalau hujan macam mana kan, dan cuaca hangat kesian kat anak-anak). Ada jugak terbaca naik Free shuttle bus dari airport ni.
(Wow mommy kalau dengar/baca perkataan FREE ni memang tertarik la kan..haha)
Tetapi kena tahu la FREE shuttle mesti ada jadualnya..dan kena tahu kat mana ja dia stop kan. So, mommy rasa tak sesuai jugak...hahaha..aduiii..sakit kepala π Then mommy study lagi, Mommy ada baca mengenai sewa kereta kat sini. Haaaaa...inilah jawapanya π So dari situ mommy start study dan survey kat mana kereta sewa yang berbaloi dan menepati kemampuan kami yang nak menyewa..π Kena ingat ya, membaca adalah amalan mulia.Jangan kena scam pulak.
Cari punya cari jumpa Facebook kereta sewa ni
Dari segi follower dan like tu macam meyakinkan..haha. Jadi mommy terus cari nombor telefon dan wassap tanya itu ini. Point penting yang ditanya : Kereta apa yang ada? Harga? Cara pembayaran? Insurans? apa dokumen yang perlu sedia? Sebelum tanya soalan-soalan tu, kena la bagitau kita nak pergi dan balik tu bila kan, berapa hari nak sewa. Setelah berpuas hati dan yakin dengan apa yang diterangkan baru la buat booking. Sangat la mudah ya berurusan dengan depa ni. Tak perlu deposit pon. Terus bayar cash masa pick up kereta. Just bagi copy passport dan copy IDP masa booking. Ya, perlu ada IDP untuk drive kereta kat Vietnam. (IDP : International Driving Permit.) Boleh apply online @ MySIKAP atau direct terus pergi kaunter JPJ yang terdekat. Kena bayar RM150, bawa gambar passport sekeping, IC dan lesen. Siap! Kereta yang kami sewa tu yang paling murah dan paling kecik. Cukup la kan untuk kami 4beranak.
Jenis kereta : Kia Morning(di Malaysia Kia Picanto) Harga : 600k VND/sehari
Jadi total 3,000k VND(5hari), untuk penghantaran dan ambil kereta di airport ada extra caj dalam 100k/sehala. Total 200k VND. So jumlah yang perlu bayar cash adalah 3,200k VND. Duit kita lebih kurang RM620
Sebelum tu sign dulu contract sewa kereta. Check betul-betul maklumat kita.
Akan dapat 1 copy untuk kita simpan.
Then bayar la cash(kalau tak ada duit kecil, okay ja. depa akan bagi bakinya).
memang puas hati sewa kereta dengan depa ni. πππππ
So Lets gooooo~~~
Konsep sewa kereta, Masa nak return kereta nanti kena pastikan minyak di takuk yang sama atau seakan. Minyak sini mahal ya selitre RM4 lebih..huhuhu Tapi kami spend RM60 ja untuk 5hari kat sini sebab tempat-tempat yang dituju tak la jauh pon.
Driver di sebelah kiri dan driving di sebelah kanan..haha
Masa mula-mula tu kekok la jugak kan. Terutama masa sampai roundboard. Kita selalu pusing dari kiri ke kanan kan. Jadi kena terbalikkan la. dari kanan ke kiri..hahaha
Suami bawa kereta dengan penuh berhemah ya.π
Mommy yang duduk kat belah kanan ni asik rasa nak tekan brek ja.haha
Tempat pertama yang dituju adalah KINGKONG MART. Kami singgah untuk beli buah pisang dan telur. Buah Pisang dan telur untuk anak-anak. Anak mommy ni sejenis makan nasik WAJIB kena ada telur goreng..haha. Dan kicap(yang ni dah bawa siap-siap) Mommy bawa periuk nasi, beras, kicap, sos, roti sandwich, tuna dan lauk-lauk packed food Brahim. Jadi mostly untuk breakfast dan Lunch kami makan sendiri.
Dinner ja kami cari kedai makan.
Selepas tu kami terus direct ke Homestay yang terletak di kawasan Grand World.
Mommy booking melalui Agoda. Semasa urusan check in just tunjuk bukti booking(Print out) dan bagi passport(untuk depa amik gambar ja). Alhamdulillah walaupon terbatas dengan bahasa(cakap guna google translate π) Everything smooth ja. Kami berehat kejap, mandi kan anak-anak semua. Then, dalam setengah jam kemudian kami keluar semula untuk ronda-ronda sekitar Grand World ni. Jalan kaki ja. Kami parking kereta betul-betul depan Homestay ni. Free ja parking. Mostly semua parking di Phu quoc ni FREE.
Teddy Bear Museum ni memang sebelah Homestay ja.
Kami tak masuk pon dalam Museum tu(bukan dalam bajet..haha)
Jadi just amik gambar ja kat depan ni.
Tempat yang berbayar ni selalu mommy kena berkira-kira π
Actually ada macam-macam persembahan/pertunjukkan kat area Grand World ni.
Kena alert jadual ataupon nasib-nasib jumpa la π
Mostly persembahan/pertunjukkan ni FREE. Cuma ada certain ja yang berbayar.
So yang FREE pasti mommy tengok...MUHAHAHA
This is Grand World, Vibe kat sini ala-ala Venice π
Mai vietnam tapi tersampai Italy gituuuu~~~
Siapa yang teringin nak pergi Italy tapi masih tak mampu tu boleh sangat la mai
Pulau Phu Quoc ni ya..ambil vibe dulu..hehehehe
Mommy teringin nak naik gondola Water Taxi Venice kat belakang tu. Tapi bila dikira-kira tambangnya RM100 lebih untuk kami 4beranak..haha.
Terus batalkan niat dan amik gambo jeeee..π
Tengok la...ramai orang beratur nak naik gondola tu..huhu
Banyak pelancong dari korea kat sini.
Sini baru rasa macam mai Vietnam..hahaha
Boleh sewa baju traditional Vietnam untuk bergambar
Harga seperti dalam gambar
Seperti biasa mommy tengok dan amik gambar ja..π
Boleh beli Souviner jugak di sini
Kami masuk The Quintessence of Vietnam Space, kebetulan ada upacara apa tak pasti
Salah 1 persembahan kat sini la(Free ja)
Tapi waktu malam ada Persembahan berbayar di area ni. Siang ja FREE
Yang malam tu tiket dewasa dalam RM50 lebih seorang, budak dalam RM40 lebih.
Boleh beli walk in atau di klook pon ada.Kami tak beli(bukan dalam bajet..hahaha)
Jadi kami target apa yang FREE ja kat sini.π
Cantek kawasan ni sebab ada vibe Vietnam
Kerusi yang mommy duduk tu la untuk penonton pesembahan The Quintessence of Vietnam
Pesembahan tu mengenai Vietnam culture la kot kan..hehe
Round-round kawasan dan amik gambar(daddy fulltime photographer as usual π)
Berkenan jugak nak beli topi ni, tapi takut tak celuih nak sumbat dalam beg..hahaha
So, batalkan niat.π
Keluar kawasan, untuk tengok apa ada kat depan sana pulak
Bamboo Building, diperbuat daripada buluh la ya.
Nice π
Sebab dah lewat petang, amik gambar pon suram-suram la ya..hahaha
Macam-macam la perangai anak-anak mommy tu π
Ini adalah Urban Park, boleh la rehat-rehat santai kat sini.
Ada slide untuk budak-budak main.
Tugas mommy memang amik gambar sebanyak yang mungkin π
Tertarik betol dengan patung kat belakang tu..hahaha
Ok done untuk aktiviti petang. Kami balik bilik dulu mandi-mandi dan rehat.
Untuk Dinner kami makan apa yang ada ja.Tak larat nak pergi cari kedai makan..huhu
Kat area sini tak ada kedai halal, jadi kena keluar jauh sikit.
Memandangkan kami masing-masing dah low bateri π«
Kami decide untuk makan dalam bilik ja.
Lebih kurang pukul 8.40pm kami keluar pulak untuk tunggu pertunjukkan
Charm Of Venice & Laser Show di Lake Of Love Venice tu. Pertunjukkan tu start lebih kurang pukul 9.40pm. Kami tengok dari jauh ja...haha. Ada ja port yang dekat untuk tengok tapi kena bersesak dengan orang..malas la mommy ni π Dan ada kedai-kedai makan susun kerusi untuk tengok pertunjukkan ni. Dan pastinya kena la makan or minum kat kedai tu...hehe
Pertunjukkan ni FREE ja. Tiap-tiap malam ada.
Sekian cerita perjalanan dan aktiviti kami pada hari pertama di sini. π
To Be Continued...
No comments:
Post a Comment