Tuesday, February 27, 2024

Phu Quoc Island - 6 Feb 2024 : Vinwonder Phu Quoc (Disneyland Versi Vietnam)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ke 2, kami plan untuk ke Vinwonder Phu Quoc. 
Katanya persis Disneyland tapi Vietnam Version. 
Tak dapat ori, copy ori pon boleh kan...muhahahaha.

Pukul 9.00am kami gerak keluar dari Homestay dan cakap kat suami nak ronda area Grand World ni lagi πŸ˜‚ Sebab dok rasa macam banyak tempat belum ambil gambar..hehe. Kalau berjalan-jalan ni kami selalu keluar awal. Tapi pada hari ni kami keluar lambat sikit pukul 9 kan. Khayralicious(Kakak) tiba-tiba macam tak berapa sihat. 
Pagi-pagi dia dah muntah (Dugaan hari ke2)..huhu. 
Vinwonder tu pon tak jauh dari Grand World ni. Sebelah ja..haha.
Drive 4minit ha sampai!! πŸ˜‚ So, kami santai-santai ja la kan.

Walaupon tak sihat, kakak masih Vouge amik gambar gitu..πŸ˜†

Yang adik ni mommy malas la nak taip panjang kan. 
Tengok gambar pon dah tau. Terpaling fotogenic πŸ˜†

Adik mana??dia tolong tangkapkan gambar ni..hehe

Mommy masih frust tak boleh naik Gondola tu. Jadi pantang nampak nak amik gambar ja 😁
Bila bajet tak cukup macam ni la..hahaha. Tak pa la janji boleh sampai negara orang kan.


Pagi-pagi ronda tak ada orang kan..hahaha
Malam-malam ja meriah kat sini.

Ini stage untuk pertunjukkan Charm of Venice tiap-tiap malam tu.
Kalau dah datang tu tengok la pertunjukkan ni. rugi tau tak tengok. Dah la FREE πŸ˜†


Tanda dah sampai Vietnam πŸ˜†

Ha ini lah tempat yang nak di tuju untuk hari ke2. Vinwonder!!
Mommy dah excited nak masuk sini(Sebab tak pernah masuk Disneyland, dapat masuk sini pon ok kan..haha). Tiket masuk mommy beli di apps klook. Harga dewasa RM176.65, Budak(tinggi 100cm - 139cm) RM135.04. Bagi mommy berbaloi sangat harga tiket tu. SEBAB dalam Vinwonder ni bukan setakat boleh main themepark tau. Dalam ni ada Aquarium, Waterpark, Ferris wheels. Kemudian nak main mainan-mainan dalam themepark tu pon tak ramai. Boleh main banyak kali...hahaha. Alahai rugi tak masuk sini tau. Tempat paling best Aquarium(Bagi mommy la).  Waterpark ja kami  tak masuk sebab tak aim nak mandi manda kat sini.(Ada tempat lain kami aim nak mandi manda). Memang seharian kami di sini, sampai ke malam. ha amik kau. Sebab malam tu ada ONCE Show..BEST!!!

Anak-anak tak behave ya..biaq pi kat depa..janji Mommy Daddy onzzz..πŸ˜‚
Sebab hangat sama..Pulau ni memang hangat tak boleh wak bincang ya..huhu

Masa dah masuk tu..mommy macam WOW!! 
Jakun la sat kan..(tau ka dak apadia jakun tu?haha)
Mommy rasa, mommy yang lebih excited dari anak-anak kat sini. πŸ˜‚

Nanti malam kat sini la ada pertunjukkan ONCE Show.

Kalau tak dak orang kat belakang tu mesti lagi cun gambaq ni kan..huhu

Sangat-sangat la teruja nampak Castle ni. Punya snap gambaq ni penuh kat sini pon dah lebih dari 10 gambaq πŸ˜‚ Tu pon ada lagi yang belum edit nah. haha

Ni Castle dari belakang

Kat sebelah Castle tu ada rumah orang kerdil yang selalu dok kawan dengan Snow White tu.
Dalam tu ada la katil-katil 7 orang kerdil, meja makan, dapur semua kan.

 
Masa ni tak ada orang sangat kat sini, so kami boleh la snap gambar dengan tenang..haha

Tengok betapa tenangnya mommy kan, walaupon kepanasan...huhu


Kat depan Castle ni ada meja, so kami decide untuk makan sesiap (Bawa Bekal)
Alhamdulillah masuk sini tak ada check bag ka apa kan. Jadi boleh ja bawa makanan masuk. Mungkin depa paham tak ada makanan Halal kan dalam ni. Untuk minuman kami beli ja di kedai-kedai yang ada di sini. Banyakkan minum air kosong/mineral ya..sebab hangat sangat. 😡  Ada tandas jugak kat sini. 

Masa dah ready gerak ke tempat lain, terjumpa Aladdin & The Geng..hehe πŸ‘‹πŸ‘‹


Kami masuk ronda area Fantasy World ni dulu.
Di sini banyak la Character from Disney ya. 

 
Ada Maleficent, Beauty & The Beast

Cinderella? Where?...hehe

Sempat naik Burung ni 1 round, adik nak naik tapi tak lepas sebab tak cukup tinggi.πŸ˜…
Kesian adik, menangis kat tepi pagar dengan Daddy...😭 Masa ni hangat sangat laa...pedih kulit muka. So, kami decide untuk cari tempat yang sejuk sikit. Kami tunda dulu untuk round lebih lanjut. Nanti petang kami mai lain.

Kami terus gerak ke Aquarium yang terletak tak jauh dari Fantasy World tadi.
Tapi disebabkan cuaca panaih, rasa macam jauh pulak jalan kaki..huhu
Sepanjang perjalanan terjumpa la perkampungan ni.

Macam tak kena ja kan adik dengan Daddy ni. Terbalik character tu..πŸ˜‚

Tempat yang kami tuju adalah The Sea Shell. Iaitu Aquarium

Ya, itulah Aquarium...dalam si penyu tu..
Menarik kan kan kannn....

Family picture depan ni adalah semestinya..Tengok la anak-anak mommy tuhh..πŸ˜†
Penyu kat belakang tu tersangat lah besar..

Dari dataran penyu ni, boleh amik gambar berlatar belakangkan Ferris Wheels.
Cantek sangat 😍 Mommy dah ketaq tangan angkat adik tu..haha. Gagah la kan😣
Jom la masuk ke dalam penyu tu.

Masa mula-mula masuk tu jumpa la dia ni dulu...Poseidon?πŸ˜†
Ha nampak tak kat belakang tu...besaq betui aquarium 😲


Feeling sangat amik gambaq depan aquarium ni 😁
Pukul 2.00pm ada Mermaid Show. Jadi sementara menunggu kami ronda-ronda dulu dalam kawasan aquarium ni. besar jugak tempat ni.

Berkenan mommy kat ikan merah tu..😍


 

Jauh jugak perjalanan nak ronda dalam ni..hahaha. jenuh pusing-pusing masuk sana-sini.

Binatang mommy paling suka tengok..Penguin πŸ˜†



Tepat jam 2.00pm, Mermaid Show begin...


MEMANG BEST!!

Selepas habis Mermaid Show, anak-anak mommy buat show pulak..hehe
Masing-masing letih. Syiok la tidoq dalam ni sejuk. Kat luar tu panas. Jadi kami santai-santai kat sini dulu. Bagi anak-anak puas tidoq. Jap lagi nak berjalan lagi kan.


Ha kat sini ada jugak playground untuk anak-anak.
Selepas depa bangun tidoq kami relax-relax dulu kat sini.

Kat tingkat atas ada Restaurant. Bersebelahan dengan playground tu ja.

Nak masuk dalam tu, tapi dah tak boleh(Bad timing) haha
Daddy dah round masuk masa anak-anak tidoq. Dia tak ada amik gambaq apa pon nak tunjuk kan..hahaha. bertuah betoi daddy ni. 😞 Katanya kat dalam tu ada la aquarium Shark. Ada figure Shark besaq dalam tu..ntah la..haha. Jom la keluar ronda kat luar. Banyak lagi tempat belum explore.

Lepas keluar dari Aquarium, kami terus ke Ferris Wheels.
Tiket yang di beli untuk masuk Vinwonder ni dah termasuk semua ya. Kiranya tak perlu extra duit untuk main atau masuk mana-mana tempat dalam ni. Sebab tu mommy cakap BERBALOI beli tiket. All in semuanya. πŸ‘

View atas ni memang cantek, sebab boleh nampak laut.

Boleh la nampak penyu tu besaq mana dan keseluruhan Vinwonder ni πŸ˜πŸ‘

Kami gerak ke Adventure World. Kat sini banyak la game-game yang mencabar nyawa..huhu
Kami tak naik pon, Mommy takot, Daddy pon takot..hahahaha
Jadi kami masuk tengok-tengok ja la πŸ˜†



Tengok ja...best jugak tengok orang main kan. Tapi diri sendiri tak cukup berani..πŸ˜‚
Yang main air tu lagi lahh..takot basah..hahaha

Sini Waterpark, sebelah Roller Coaster(pon tak berani naik πŸ˜–)

Kami pusing balik ke Fantasy World, sebab nak bagi anak-anak main game kat sini.

Naik kuda, Adik boleh jugak naik yang ni. Tapi kena naik dengan Mommy. 
Daddy tak boleh, muatan berat..hehehe

Bagi kakak naik Eagle Soar Glider ni. Seronok la dia kan pusing-pusing kat atas tu.
Mommy malas join sebab pakai skirt. Adik tak sesuai, tak boleh naik yang ni. Daddy lagi la tak boleh..cian Daddy πŸ˜‚

Naik train ni ja la, semua suitable untuk naik..
Akhirnya Daddy ada jugak la benda untuk naik kat sini..hehe.


Kami ronda-ronda tengok apa yang ada

Masa sampai sini memang tak ada orang, kami ja ada ronda kawasan ni. 😁



Wahh banyak jugak kids area kat sini, so anak-anak memang suka la kan. 
Dan dalam ni tak la panas ada Aircond. 
Boleh la santai-santai kat sini then bagi anak-anak main. 

 
Tak ada orang, memang seronok depa ja yang main kat sini.hahaha

Of course la mampu snap gambar ja..tak mampu naik..luruh jantung nanti. πŸ˜‚

Mula-mula macam tak pasti apakah character patung ni? πŸ˜…


Rupanya Alice in Wonderland..haha.  Tu terowong Arnab tu..
Nampak lain tapi vibe tu ada la..😁

Lastly, suami cuba nak masuk dalam Aladdin Palace ni.
Tapi waktu dah lewat petang, so dah habis(Sampai pukul 6.00pm ja). 
Tak boleh masuk dah. Jadi kami terus keluar dari kawasan Fantasy world ni.
Kami gerak ke depan Castle untuk tunggu ONCE Show.

ONCE Show tu start pukul 6.30pm. Ya sini 6.30pm dah start gelap.

Sebelum show tu bermula, ada la sekumpulan penari-penari ni di depan untuk pembukaan persembahan ONCE.

Lebih kurang 20minit ONCE Show tu.
Maka tamat la hari ke 2 kami di sini. 😊



To Be Continued...



No comments:

Post a Comment