Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Okey seperti yang dijanjikan Mommy akan kongsikan kedai makan Halal di Pulau Phu Quoc ni. Memang tak dak banyak pilihan pon 😂 Mommy cuma jumpa 2 ja kedai…jadi la dari tak dak langsung kan..huhu
Tu pon sebelum mai ada jumpa 3 kedai. Tapi lagi 1 kedai tu tak bukak. Bila tengok google maps *Temporarily close*😂
Kedai pertama : Halal Persian Tea House
Kedai ni terletak di Center Area dekat dengan penginapan kedua kami iaitu Lucky Phu Quoc Hotel. Dan berdekatan night market (boleh jalan kaki ja kalau nak ke night market dari kedai makan ni). Memang akan nampak signboard ni betul-betul tepi jalan.
Masuk ja area ni akan jumpa Aroma Cafe ni dulu
Dari Aroma Cafe tadi amik kiri terus berjalan ke arah belakang, kemudian akan jumpa mini playground ni di sebelah kanan. Teruskan lagi berjalan di sebelah kiri,memang akan nampak kedai makan tu.
Ha kalau tak nampak jugak tak tau la nak cakap kan😂
Muka-muka kelaparan dan keletihan..fuhhh😫
Masa sampai di meja tu,nanti akan dapat air tea hijau(sejuk) dalam gelas kecik tu.
Nampak macam air kosong kan. Kami order air jus nenas (30k VND, RM6) dan Sugar Lemon Tea(40k VND, RM8)


Tapi masa dapat Sugar Lemon Tea tu ,masing-masing gelak 😂
Sebab kat malaysia mana ada dapat asing-asing macam ni kan.
Ha pengalaman baru, kena masukkan sendiri lemon dan gula😂
Ini apa yang kami order.
Sebelah kiri : Beef Pilaf(Beef Plov) 140k VND(RM27)
Sebelah kanan : Grilled Chicken Wings 150k VND(RM29)
Kata orang kedai tu,daging lembu tu khas import dari Uzbekistan 😲
Kat dinding kedai ni ada 1 ruang yang mana dia kumpol duit-duit dari pelbagai negara termasuk la Malaysia. Ada nampak duit kertas seringgit & 5 ringgit kat situ. Mungkin pelanggan dia sebelum ni yang bagi. Kami tengok ja 😆
Kat sebelah signboard ni ada 1 kedai souvenirs, harga murah jugak.
Dan ada macam-macam pilihan. Mommy ada beli beg kat sini.
Nama kedai souviners tu *Smile Souvenir*
Hari ke 3 pon kami kat sini lagi, sebab ada p 1 kedai tu tutop kan😅
Kedai kedua : Istanbul Beach Club
Kami pi kedai ni dari Sunset Town, tak jauh pon dalam 14minit macam tu.
Kedai ni ditepi pantai,memang sangat cantek.
Boleh relax-relax sambil makan.
Mommy order air tembikai(60k VND, RM12)
Daddy macam biasa air nenas(65k VND, RM12.50)
Terlupa amik gambaq air Daddy😅
Kemudian kami order Seafood Pizza(255k VND, RM49)
Sedap pizza tu👍🏻
Macam-macam ragam anak-anak mommy kan 😏
Mommy dan Daddy pon dah letih nak melayan dua beradik tu sebenaqnya 😖
Ok itu sahaja lah perkongsian Kedai Makan Halal.
Memang mommy jumpa 2 kedai ni ja.
Ok Terima kasih semua.
Tunggu next Trip Mommy akan kembali update ya..See you~~