Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sesampai ja di Pekan Betong, kami terus ke Cafe Amazon di PTT Betong(Kedai Minyak). Kat sini kami berenti untuk mandikan anak-anak. Siap-siapkan anak bagi comey-comey. Kemudian boleh la bergambar..ahahaha. Kebiasaan kedai minyak di Thailand ni memang pakej sekali Cafe Amazon & 7 Eleven 😆
Masa ni kami dah rasa lapar, sebab tak makan apa-apa lagi sejak keluar rumah. Jadi, kami beli la makanan yang simple-simple ja untuk alas perut.
Dalam perjalanan menuju ke Narathiwat, kami singgah sekejap di jambatan “Yala Famous Bridge”.
Cantek permandangan atas jambatan ni. Salah satu tempat wajib singgah ya kat sini..haha. Sebab memang nampak ramai yang auto berenti bila sampai😁
Ntah la kenapa shuben ambil gambaq mommy rupa gini😂 Tak pa, mommy tetap simpan ❤️
Ok dah selesai ambil gambar sana sini, kami meneruskan perjalanan ke Narathiwat. Jauh lagi perjalanan nak sampai sana..huhu
Perjalanan ke Narathiwat ni memang banyak ya roadblock macam ni. Mula-mula rasa cuak jugak la kan..huhu. Tapi lepas tu ok ja. Smooth ja perjalanan kami. Rasa adventure sangat lalu ada halangan dan rintangan ni..hahaha
Kalau dah nampak signboard macam ni, memang dekat sangat dah tu nak sampai..yayyyyy
Tempat pertama yang kami tuju di Narathiwat adalah Restoran Summer Thon. 7jam ya perjalanan keluar dari rumah dari pukul 4.40pagi, sampai sini 10.48pagi(waktu thailand 1jam lewat). Tu namanya Roadtrip..ahahaha
Walaupon kepenatan,bila sampai sini rasa macam puas. Sooo cantek hokay kat sini.
Dah penat + kelaparan pulak..huhu. Jadi, kami terus order makan dulu lah.
Sementara tunggu makanan sampai, cuci mata tengok permandangan laut yang luas terbentang ni 😍
Tak sabar nak makan 🍽️
Ini ja yang kami order..semua sedap👍🏻
Banyak pulak tu. Di thailand ni kalau makanan memang jenis portion yang banyak..memang puas hati makan sampai kenyang😆
Main attraction kat sini adalah tunggu kapal terbang lalu😆
Bukan kita ni tak pernah tengok kan..tapi bila ramai-ramai pakat bangun pergi tepi pantai..wahhhh macam best ja..haha
Kita pon join syekali lahhh..haaa 3,2,1 snap 🤳🏻
Memang meriah..ahahahaha. Ada dua masa untuk nak tengok kapal terbang lalu ni. Kalau pagi sekitar pukul 11.00pagi. Kalau petang, dalam pukul 2.00petang. Jadi rancang la masa anda,kalau nak datang sini ya..hehe.
Haruslah ada Family photo❤️
Panas sangat waktu ni..fuhhhhh
Tapi lighting cantek la kalau nak bergambar kan😁
Memang function ya cermin ni..haha
Style sangat bila ambil gambar kat sini👍🏻
Ok rasa macam banyak sangat bergambar di Summer Thon ni sahaja..ahahaha. Begitulah kan kalau dapat explore tempat yang cantik. Bergambar buat kenang-kenangan ❤️
Ok semua dah letih…makan sudah, ambil gambar sudah dan ronda-ronda pon sudah. Selesai di sini, kami terus gerak ke tempat penginapan kami.
To be continued…
No comments:
Post a Comment