Wednesday, January 15, 2025

Roadtrip(Betong & Narathiwat, Thailand) - Pengkalan Hulu Betong Border

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Cuti sekolah 13-15 september 2024, kami sekeluarga ambil peluang ke negara jiran. Tak lain tak bukan tentu la Thailand..hehe..Sebab kami di Kedah kan,mudah sangat la kalau nak ke Thailand. Kali ni kami cuba masuk Border Pengkalan Hulu - Betong. Seawal 4.00pagi kami dah bangun bersiap,tapi dua beradik tu kami salin baju ja angkut masuk kereta terus tanpa mandi..haha. Lebih kurang pukul 4.20pagi kami bergerak keluar dari rumah. Sampai pekan Pengkalan Hulu lebih kurang pukul 6.00pagi

Macam biasa kalau ke Thailand kami memang pandu sendiri kereta masuk ke sana. Sebelum masuk Thailand ada beberapa dokumen yang perlu di sediakan. Seminggu sebelum berangkat kami buat sesiap insurans perjalanan yang wajib diperlukan jika masuk menggunakan kenderaan sendiri.
Perlu sediakan geran kereta (asal/salinan perlu dapat pengesahan dari balai polis berdekatan). Maklum tarikh masuk bila dan berapa orang yang nak pergi. Jika empunya kenderaan tidak ikut serta perlu sediakan surat kebenaran mengunakan kenderaan tersebut. Insurans asas adalah Compulsory (ini cuma cover untuk medical sahaja jika berlaku kemalangan). Untuk perlindungan kenderaan perlu tambah insurans Voluntary. Kami ambik dua-dua insurans tersebut. Harga dalam RM175(untuk cover 9hari). Dapat free simkad thailand👍🏻

 Kenapa buat awal seminggu?. Sebab kami nak masuk border awal. Seawal buka border tersebut😆
Jadi tak kalut la hari kejadian terus masuk. Ha gitew😎

Ni adalah pertama kali kami masuk Border Pengkalan Hulu-Betong

Dah lepas ja check point imigresen Malaysia, terus parking kereta di sebelah kanan. Turun dan terus masuk untuk cop passport.

Ha semudah ABC kan..ikot ja arahan anak panah tu😁

Tak ada orang sangat kan..hehe
Sebab memang awal betul kami sampai sini😂

Wajib la bergambar di sini, tanda hadir 😎

Waktu operasi untuk Border Pengkalan Hulu-Betong
Laluan sebelah kanan tu menuju ke tandas. 

Dah selesai cop passport tadi terus amik kereta dan parking di sebalah kiri bangunan ini untuk bagi customs form. Pastikan di cop oleh kastam ya borang tu. Sebab nanti balik perlu bagi semula. Jangan bagi hilang pulak. Ok dah selesai..mudah sangat urusan pagi tu. Alhamdulillah. Jadi jom la kita gerak ke pekan Betong, sebab dua beradik tu belum mandi..hehe

To be continued…






No comments:

Post a Comment